Ibu Kolagen Asli.. Gred AAA (RM50/kg), Gred AA (RM45/kg) .. Hubungi 014-8509988 (Ghirly) ....HARGA TERMASUK POS KE SELURUH MALAYSIA

Tuesday 5 February 2013

Kolagen Rumpai Laut : Cara Penyediaan


Rumpai laut kering yang belum diproses rupa ia seperti ini. Setiap pek 100gm boleh dimasak sekali gus atau sebahagian sahaja dahulu. Untuk pengambilan selama 3-4 minggu.

Kolagen rumpai laut dari spesies terbaik, Euchima cottoni, diusahakan secara organik, berwarna keemasan dan bergred AAA. Sangat kenyal/liat dan masin (rasa air laut) selepas melalui proses pengeringan di bawah terik matahari, tapi menjadi amat lembut (kembang) selepas direndam semalaman (juga sudah tawar rasa nya). Sebab itu anda perlu membasuhnya beberapa kali sebelum direndam dan beberapa kali lagi selepas semalaman direndam, kemudian ditos dan direbus dengan air secukupnya (2.5-3 liter air).

Selesai direbus, kolagen rumpai laut hancur dan menjadi seperti gel/jeli/agar2. Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk. Ambil 3-4 sudu besar setiap pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur, boleh dimakan begitu saja tanpa campur apa2 atau dimasukkan dalam jus minuman kegemaran.

Kelebihan menggunakan kolagen asli ini, selain harganya yang jauh lebih murah dan bebas kimia, serta dapat dipelbagaikan rasa apabila diambil bersama minuman kegemaran, ia juga memiliki keistimewaan untuk dibuat masker wajah.

Caranya, cuci bersih wajah dengan sabun pembersih dan bilas. Lebih elok jika diwapkan wajah selama 10-15 minit bagi membuka liang2 pori kulit, kemudian baru sapu gel kolagen ini di serata wajah dan leher. Biar ia kering sebelum dibersihkan atau boleh dibuat tidur semalaman sebelum dicuci esok pagi. Ia pantas serap, tidak melekit atau berbau. Hasilnya pori2 kulit wajah lebih halus, lembut, anjal dan cerah. Amalkan selalu untuk hasil yang lebih menawan.

Selain penyediaan masker wajah asas ini, anda juga boleh mencampurkan nya dengan bahan lain mengikut kesesuaian jenis kulit. Contohnya untuk kulit berminyak, sebatikan gel kolagen ini bersama sebiji tomato ranum yang dibuang biji dan kulit serta dilenyek halus. Campuran ini kemudiannya disapu pada wajah dan dibiar kering selama 20-25 minit sebelum dibersihkan. Ia mampu mengimbangi pengeluaran minyak berlebihan selain menjadikan kulit lebih halus dan bersih.

Bagi mereka yang berkulit normal pula, campuran madu bersama gel kolagen ini lalu dibuat masker wajah, akan membuatkan kulit mereka tampak lebih berseri, segar dan bercahaya. Manakala bagi yang berkulit kering, boleh cuba mencampurkan gel kolagen ini dengan susu tepung atau jus lemon bagi mengembalikan kelembapan kulit dan membuatkan anda tampak lebih muda dengan melambatkan tanda2 penuaan lain.

Walau bagaimana pun, pengambilan kolagen ini sebagai pemakanan tambahan setiap hari akan memberikan kesan langsung terhadap kesihatan dalaman diri anda secara keseluruhan, dan akan terserlah di luaran melalui wajah serta kulit badan yang tampak segar dan berseri dari hujung rambut ke hujung kaki.. 


Sumber

1 comment:

  1. Wynn Slots for Android and iOS - Wooricasinos
    A free app for slot machines from wooricasinos.info WRI Holdings https://jancasino.com/review/merit-casino/ Limited that lets you play the popular games, such as free video slots, 출장마사지 table games and live casinosites.one casino

    ReplyDelete